? ??????????????Cos-Mos? ????? ?? ???Rating: 4.6 (5 Ratings)??36 Grabs Today. 6464 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????My Heartbeat? ????? ?? ???Rating: 4.9 (14 Ratings)??36 Grabs Today. 7953 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 1, 2009

nie carpen aku..TERIMA KASIH CIKGU

“Sofea, kau rasa siapa yang akan menggantikan tempat Cikgu Rosnah?”tanya Azmira kepada Sofea sambil dianggukkan kepala oleh pelajar-pelajar lain tanda menyokong soalan Azmira.
“Entahla.Aku sendiri tak tahu.Kalaupun ada cikgu yang diarahkan mengajar kelas kita,pasti mereka tidak akan bertahan lama”, balas Sofea dalam nada yang bangga.
“Betul tu kata kau Sofea.Tak kan ada cikgu yang sanggup mengajar kelas kita”,ujar Ayu teman rapat Sofea sambil tersenyum tanda bangga dengan kenakalan ahli kelas mereka.
“Jika masih ada cikgu yang mahu mengajar kelas ini,apa yang hendak kamu semua katakan?”,sampuk satu suara yang asing datang dari arah pintu kelas.Semua mata pelajar tertumpu ke arah suara tersebut dengan pandangan yang sinis setelah melihat siapakah gerangan empunya suara tersebut.Seorang perempuan yang bertubuh gemuk dan pendek melangkah masuk ke dalam kelas lima Damai.Biarpun dapat mengesan pandangan sinis oleh oleh ahli di dalam kelas tersebut,perempuan tersebut tetap melangkah masuk dengan penuh keyakinan.
“Ohya,siapakah guru yang berani mengajar kelas kami ni?”tanya Faiz selaku ketua kelas dengan biadab.
“Saya”,pendek sahaja jawapan sahaja jawapan perempuan gemuk tersebut.
“Kau mahu mengajar kelas kami?Sedarlah diri sedikit.Badan gemuk dan jalan pun terkedek-kedek masih mahu mengajar kami?Lebih baik duduk dekat rumah sahaja”, bidas Sofea dengan lantang.
“Apa salahnya saya berbudi kepada anak bangsa saya selagi saya masih terdaya.Perkenalkan saya Cikgu Rahimah.Saya akan mengajar kelas kamu dalam matapelajaran Bahasa Melayu”ujar guru baru itu.Seiring dengan itu terletusnya ketawa para pelajar kelas tersebut.Suara Sofea dan Faizlah paling kuat sekali.
“Cikgu tak tahukah kami ini pelajar nakal.Tidak ada seorang cikgu yang mahu mengajar kelas kami”ujar Udin setelah penat ketawa.
“Saya tahu.Bagi saya itu adalah cabaran untuk saya mendidik kamu semua untuk menjadi insan yang berguna”balas guu tersebut .
“Insan berguna?Jangan nak beranaganlah lah perempuan pendek.Ibu bapa kami sendiri tidak mampu nak mengubah kami apatah lagi cikgu”seorang pelajar menyampuk dan diikuti gelak tawa pelajar lain.
“Saya akan cuba.lagi pun kamu sebenarnya tidak nakal.Berjiwa halus.Sekarang sila buka buku teks Bahasa Melayu.Saya ingin mengajar kamu semua membuat karangan.”ujar guru tersebut tetapi malangnya tidak di endahkan oleh pelajar-pelajarnya.Guru tersebut terus mengajar tanpa menghiraukan pelajarnya yang tidak mengendahkan dia.
Kring…kring..
Loceng berbunyi tanda tamatnya masa persekolahan untuk hari ini.Tanpa meminta izin daripada Cikgu Rahimah pelajar-pelajar lima Damai terus meluru keluar.Situasi ini dilihat oleh pengetua sekolah tersebut,Encik Serzali lalu dipangilnya Cikgu Rahimah.
“Mah masih sanggup mengajar kelas lima Damai.Lihatlah perangai mereka.Langsung tidak menghormati kita sebai guru mereka”,rungut Cikgu Serzali sumi kepada Cikgu Rahimah.
“Bang mereka semua masih boleh dibentuk.Mah yakin.Walau apa yang terjadi Mah tetap mahu mengajar mereka .Muktamat”,tegas sahaja jawapan Cikgu Rahimah.Lalu mereka berdua berlalu pergi.
Sewaktu di dalam bas,Sofea meluahkan rasa marah terhadap Cikgu Rahimah kepada rakan-rakannya.
“Aku betul-betul tak puas hati dengan Cikgu Rahimah.Tad sedar diri betul cikgu tu.”renggus Sofea.Kawan-kawannya hanya mengganguk sahaja.
“Kita kena ‘balas’ ni.Ingat lagi tak `plan’ kita yang dulu.?”,tanya Aziz kepada kawan-kawan mereka.
“Ingat”,mereka jawab serentak.
“Esok kita buat nak.Lagi pun bahan dia masih aku simpan lagi”,ujar Aziz.
“`Good’ idea.Kenapalah aku tak terfikir?”,tanya Faiz kepada diri sendiri.
Mereka berpisah setelah tiba di destinasi masing-masing.Mereka pulang dengan senyuman dan rasa tidak sabar menunggu hari esok.
Keesokan harinya.
“Kau dah siapkan dah barang tu?,”tanya Sofea kepada Aziz sewaktu dia dan Aziz hanya berdua.
“Dah”
“Bagus.Aku tak sabar nak tengok muka cikgu gemuk tu”
“Sama-samalah kita nantikan”ujar Aziz sambil menyeringai.
Cikgu Rahimah masuk ke kelas mengikut masa yang ditetapkan.Dia melangkah masuk sambil ditangannya menjinjing sebeg plastik merah tanpa mengesyaki apa-apa mengapa para pelajarnya menyambut ketibaannya dengan senyuman.Sewaktu menarik kerusi tepung yang berkulat jatuh menimpa kepalanya.Dia terjatuh dan kepalanya mengenai bucu meja sehingga terluka..Bergemalah ketawa seisi kelas lima Damai tanpa ada rasa belas kasihan kepada Cikgu Rahimah.Ketawa para pelajar tersebut kedenganran sehingga ke ejabat.Kebetulannya Cikgu Serzali berada di dalam pejabat segera pergi ke kelas lima Damai kerana dapat mengagak sesuatu telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut yang amat dikenali dengan sikap mereka yang nakal.Alangkah terkejutnya apabila sampai di dalam kelas lima Damai.Segera dia membantu isterinya untuk berdiri semula.
“Apa yang telah kamu lakukan.Kamu kenekan cikgu baru lagi?”,tanya Cikgu Serzali dengan bengis.
Para pelajar hanya diam sahaja kerana faham akan sikap Cikgu Serzali yang garang itu.
“Kamu dah la nakal.Tak ada hati perut lagi tu.Sampai bila kamu tak akan Berjaya jika kamu bersikap sebegina.Jika inilah sikap kamu semua,saya yakin kamu akan gagal dalam SPM nanti”,marak Cikgu Serzali sambil diperhatikan oleh pelajar yang terjengok-jengok melihat apa yang berlaku.
“Sudahla cikgu.Mereka tidak bersalah.Saya yang cuai”, Cikgu Rahimah masih mahu membela pelajarnya.
“Cuai cikgu kata.Saya tahu mereka mengenakan cikgu.Lihat belon ini.Inilah buktinya.Lihat kepala cikgu yang berdarah ini”,ujar Cikgu Serzali dengan lantang.
“Tahukah kamu semua bahawa Cikgu Rahimah sanggup bangun pagi-pagi buta semata-mata mahu membuatkan kamu karipap istemewanya?Dia bersusah payah untuk kamu tetapi kamu tidak menghargainya.Saya amat kesal dengan sikap kamu.Dah la malas hendak belajar.Menyusahakan orang pula.Banggakah kamu dengan gelaran pelajar nakal?Banggakah kamu semua.Harapan ibu bapa kamu apabila kamu pergi ke sekolah adalah untuk melihat kamu berjaya.Tetapi kamu sudah menghancurkan harapan mereka apatah lagi kebanyakkan darippada kamu bukanlah datang daripada keluarga yang senang.Fikirlah.Sekarang kamu lari keliling padang sebanayk sepuluh kali”, Cikgu Serzali.Para pelajar tergamam.Cikgu Rahimah membuatkan mereka karipap istimewa.Perasaan bersalah menyelebungi diri mereka.
“Abang keterlaluan.Janganlah hukum mereka macam itu.Saya yang cuai”,ujar Cikgu Rahimah cuba meminta toleransi daripada suaminya.
“Mah masih mahu membela mereka?Mereka bersalah dan harus dihukum.Bergerak sekarang”,kata Cikgu Serzali.
Sewaktu dikehendaki berlari di padang Sofea dan Faiz merungut.
“Huh.Suami isteri rupanya mereka berdua.Patutlah beria-ia Cikgu Serzali membela isterinya”,rungut Sofea.
“Si Pendek berlagak konon mahu membela kita.Sakitnya hati aku”,kata Faiz
“Korang masih tak ada perasaan bersalah ke?Cikgu Rahimah sanngup bangun pagi-pagi untuk membuat kuih untuk kita tetapi kita buat jahat dekat dia.Dia juga bela kita.Korang tak sedar ke yang Dia itu baik.Kita patut meminta maaf kepadanya”,ujar Udin sambil dipersetujui oleh rakan-rakannya.
“Ah kalau kamu semua hendak meminta maaf dekat dia pergilah.Aku dan Sofea tak akan pergi”,ujar Faiz dengan perasaan geram bercampur marah dengan Cikgu Rahimah.
Selepas peristiwa tersebut pelajar-pelajar lima Damai mulai menunjukkan perubahan yang drastik.Mereka meminta maaf kepada semua guru.Mereka rajin belajar.Mereka seringkali bertanya apa yang kurang difahami kepada cikgu.Sikap nakal mereka sudah dibuang jauh.Semasa peperiksaan pertengahan tahun mereka telah menunjukkan pencapaian yang boleh dibanggakan.Hal ini amat memeranjatkan semu guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ahmad.Semuanya berbanggap dengan sikap Cikgu Rahimah.Mereka menjadikan cikgu Rahimah sebagai `role model’ untuk mendidik pelajar-pelajar.Namun Sofea dan Faiz tetap dengan perangai mereka yang buruk.Hal ini membuatkan Cikgu Rahimah cuba merapatkan hubungan dengan mereka berdua.Suatu hari Faiz ditangkap apabila sedang mencuri duit pelajar ketika waktu rehat.Kebetulan Cikgu Rahimah yang menangkap dan kesempatan inilah digunakan oleh Cikgu Rahimah untuk menyalami diri Faiz.
“Mengapa kamu buat begini Faiz?Berdodsa.Jika kamu memerlukan wang kamu boleh meminta kepada kami guru-guru kamu.Kami sedia membantu kamu”,ujar Cikgu Rahimah dengan nada yang rendah.
“Ah Cikgu apa tahu.Cikgu jangan nak menyibuk”,balas Faiz tidak senang dengan pertanyaan cikgu tersebut.
“Kamu anak murid cikgu.Cikgu tak berniat untuk mencampuri hal peribadi kamu.Tetapi beritahulah cikgu apa masalah kamu sampai sanggup mencuri”Ujar Cikgu Rahimah tidak berputus asa.
“Ibu saya sakit.Dia memerlukan wang untuk diberi rawatan”,ujar Faiz dengan lembut.
“Tapi kamu tidak boleh mencuri.Haram.Kamu berdosa jika berbuat demikian.Kamu belikan ubat untuk ibu kamu dengan wang haram”,beritahu Cikgu Rahimah.
“Saya terpaksa cikgu.Ayah saya sudah lama meninggal dunia.Tugas menyara keluarga diletakkan di bawah tanggungjawab ibu saya.Bila ibu saya sakit,kami adik beradik tidak ada duit hendak beli makanan apatah lagi ubat.Saya kena mencari altenatif untuk membantu ibu saya.Jadi jalan paling mudah dengan mencuri”,Faiz menerangkan.
“Kenapa kamu tidak memohon bantuan biasiswa?Kamu juga boleh meminjam duit saya.Saya tidak kisah”,ujar Cikgu Rahimah.
“Saya malu pada cikgu.Saya tidak pernah hormati cikgu.Saya banayk buat salah dengan cikgu.”ujar Faiz sebak.
“Saya sudah lama maafkan kesalahan kamu.Faiz kamu tidak terlewat untuk belajar.Jika kamu kasihan kepada ibu kamu belajarlah rajin-rajin.Hal ini akan menggembirakan hati ibu kamu.Saya sedia menanggung perbelanjaan kamu sekeluarga jika kamu berjanji dengan saya unuk belajar rajin-rajin”,ujar Cikgu Rahimah.
“Cikgu terlalu baik.Mengapa saya sakiti orang yang sebaik cikgu.Terima kasih cikgu kerana memberi saya semangat dan membantu saya.Saya janji akan belajar dengan bersungguh-sungguh”,Faiz menanam azam.
Sofea semakin gelisah.Dia telah mendapat tahu bahawa Cikgu Rahimah denga Faiz sudah berbaik-baik.Cikgu Rahimah sudah melampau.Dia telah mengambil satu-satunya rakan yang menyebelahi dia.Otaknya ligat memikirkan cara untuk membalas dendam.Tanpa dia sedari sebuah kenderaan menuju ke arahnya.Secara kebetulan Cikgu Rahimah yang perasan akan hal itu segera pergi ke Sofea lalu menolaknya ke tepi.Malangnya dia terlambat untuk menyalamatkan diri sendiri.Sofea melihat sendiri bagaimana tubuh Cikgu Rahimah berlambung di awangan lalu terjatuh di bahu jalan.Darah banyak mengalir.Dia berlari kea rah tubuh Cikgu Rahimah.Dia panik dan pitam lalu pengsan disamping tubuh Cikgu Rahimah.
Apabila Sofea sedar dia sudah berada di hospital.Dia ditemani oleh ibu bapnya dan rakan-rakan yang setia menantinya.Dia melihat muka mereka semua murung.
“Di mana Cikgu Rahimah?”,itulah soalan pertama yang Keluar dari bibirnya yang mungil itu.
“Sofea kene rehat dahulu .Sofea masih lemah”,ujar ibu Sofea.
“Mana cikgu umi.Sofea bersalah kepada dia.Sofea nak memohon maaf kepada Cikgu.Umi tolonglah beritahu di mana cikgu”,rayu Sofea.
Ibunya hanya bungkam.
“Mira mana cikgu”,tanya Sofea yang keresahan.
Azmira hanya diam.
“Umi kenapa dengan cikgu Umi.Cakaplah Umi”,Sofea merayu lagi.
“Umi harap Sofea bertenang.Sebenarnya Cikgu Rahimah telah kembali kerahmatullah”,tidak sempat Ibu Sofea menghabiskan ayat Sofea terkulai layu.Dia pengsan kembali.Di dalam tidurnya dia bermimpikan Cikgu Rahimah tersenyum ke arahnya.Sempat juga Cikgu Rahimah berpesan agar dia belajar rajin-rajin.Dia sudah memaafkan kesalahan Sofea.Dia ingin meliha Sofea dan rakan-rakan yang lain Berjaya.Sofea juga sempat mengucap terima kasih kepada Cikgu Rahimah.
Selepas kejadian yang meragutnya Cikgu Rahimah,Sofea telah berubah.Dia menjadi seorang pelajar yang menghormati guru.Malah dia juga sudah menunjukkan peningkatan dalam pelajaran.Peperiksaan Berjaya ditempuhi dengan jayanya.Dia dan rakan-rakannya kebanyakan mendapa keputusan yang cemerland.Mereka bersama-sama melawat kubur Cikgu Rahimah sebagai menunjukkan rasa terima kasih kepada Cikgu Rahimah.
“Terima kasih cikgu kerana hadir dalam kehidupan kami walaupun dalam masa yang singkat.Terima kasih cikgu kerana menyedarkan kami dari mimpi yang gelap.Terima kasih cikgu kerana sudi mengajar kami erti menghormati”,Sofea bermonolog sewaktu berada di tanah perkuburan yang menempatkan jasad Cikgu Rahimah.

0 comments: